Bazar Raya NADI

15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2026, bermula pukul 9.00 pagi, NADI Pekan Machan telah menganjurkan Bazar Raya NADI bersama-sama usahawan dan komuniti di sekitar Pekan Machan.

Tujuan Bazar Raya NADI adalah untuk menggalakkan aktiviti ekonomi komuniti setempat dengan memberi peluang kepada usahawan kecil dan penduduk menjana pendapatan melalui jualan produk seperti makanan, minuman, pakaian,barangan raya dan hasil kraftangan. Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim diantara komuniti melalui suasana meriah sempena sambutan Hari Raya. Di samping itu, Bazar Raya NADI juga berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan produk tempatan, meningkatkan kemahiran keusahawanan serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan NADI sebagai pusat aktiviti komuniti dan digital. Program ini turut menyokong gaya hidup sihat dan berinformasi melalui pengisian seperti saringan kesihatan, aktiviti interaktif dan perkongsian ilmu kepada pengunjung.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ;
1. Pendaftaran Ahli NADI secara percuma
2. Pameran dan jualan produk usahawan
3. Saringan Kesihatan percuma : BMI, tekanan darah dan gula dalam darah
4. Webinar KIDSVENTURE; Berniaga dan Berjaya
5. Webinar NADI Keusahawanan; Jenama kuat, Pelanggan melekat
6. Pertandingan mewarna tema Hari Raya kanak-kanak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali